Majlis Pembangunan Usahawan
Negeri Johor (MPUNJ)

MPUNJ merupakan badan penyelaras dan memantau program pembangunan usahawan di Negeri Johor melalui urusetia bersama Bahagian Perancang Ekonomi Johor (BPENJ) dan PUJB. MPUNJ ditubuhkan pada 18 November 2006 dan kini mempunyai keahlian seramai 49 keahlian. MPUNJ juga berperanan sebagai Pusat Sehenti Usahawan dan turut mengadakan mesyuarat 4 kali setahun bagi membincangkan isu berkaitan dengan keusahawan.

peranan & fungsi MPUNJ

  1. Memastikan pelaksanaan sepenuhnya semua program keusahawanan dan aktiviti MPUNJ.
  2. Menyelaras dan memantau perlaksanaan semua program pembangunan usahawan di dalam pelbagai sektor / bidang.
  3. Menggalakkan usahasama dari pelbagai agensi berkaitan keusahawan Johor selari dengan objektif Pelan Tindakan Strategik PMKS Negeri Johor.
    Mentadbir MPUNJ