GERAN USAHAWAN
BANGSA JOHOR 2023

Permohonan Dibuka Dari 15 Januari  Hingga 6 Februari 2023

Pastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan sebelum menghantar permohonan

Pengenalan Program

  • Program Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 (GUBJ) merupakan kesinambungan daripada GOL 3.0 adalah sepenuhnya milik Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).
  • Nilai bantuan adalah SEHINGGA RM 10,000.
  • Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja.
  • Mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013.

Permohonan Terbuka Kepada Kluster Berikut

pemprosesan Makanan & Minuman

Merangkumi pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan peniaga jalanan (penjaja).

Pengurusan Acara

Merangkumi bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar.

Pendidikan

Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika.

Automotif

Merangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.

Gunting Rambut

Merangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut

Percetakan

Merangkumi bidang perkhidmatan percetakan 

*Bagi kluster perniagaan yang tidak tersenarai dalam senarai diatas adalah TIDAK LAYAK memohon

Syarat-Syarat Permohonan

  • Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  • Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  • Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor.
  • Syarikat yang BELUM PERNAH menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  • Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  • Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  • Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  • Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor
  • Sila berikan satu (1) sebutharga bagi peralatan / mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

Pastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan sebelum menghantar permohonan

Skop Permohonan Bantuan

  1. Mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)
  2. Mesin & peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan pejabat.
  3. Mesin & Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  4. Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman e-dagang lain.
  5. Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal.

Langkah-Langkah Permohonan

1. Daftar Akaun PADU

Anda perlu membuka akaun PADU dengan melayari www.padu.pujb.my dan daftar akaun anda

2. Log Masuk Sistem pADU

 Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan

3. Borang Maklumat Usahawan

Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus

4. Rujuk Papan pemuka

Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan

5. Borang Permohonan Geran

Lengkapkan borang permohonan geran usahawan bangsa Johor dengan lengkap, betul dan telus

6. Klik Butang Hantar

Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.

kAEDAH PERLAKSANAAN

Saringan Permohonan & dokumen

Sesi Temuduga Secara Fizikal

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan